Domain .COM hanya $1.17 sahaja di GoDaddy!

Salam semua,
Dah hampir 3 minggu saya tak post topik baru kat blog nie. Sebenarnya dalam bulan nie saya dah sambar satu VPS untuk beberapa laman web saya. Disebabkan tak terer nak handle VPS, saya jadi busy sikit dan terpaksa meluangkan lebih masa untuk VPS huhu.....
Baiklah, hari nie berita baik untuk anda semua. Untuk tempoh masa terhad, anda boleh mendaftar domain baru atau memindahkan (transfer) domain .COM sedia ada dari pendaftar yang lain ke GoDaddy pada harga $1.17 sahaja (harga nie termasuk ICANN fee)!
Cara nak grab offer nie, senang jer macam biasa:
1. Layari GoDaddy.com;
2. Lakukan pendaftaran domain baru atau pemindahan domain sedia ada ke GoDaddy;
3. Gunakan kod diskaun: SCHOOL99 sebelum checkout untuk pembayaran.
Promosi ini tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
1. Hanya untuk tahun pertama pendaftaran atau pemindahan (transfer) ke GoDaddy untuk .COM sahaja;
2. Kod tidak boleh digunakan untuk pembaharuan (renewals) dan pendaftaran pukal (bulk registrations);
3. Kod terhad kepada sekali penggunaan sahaja untuk satu akaun;
4. Kod akan luput selepas 7,500 permohonan atau pada 31 Ogos 2010, yang mana terdahulu;
5. Kod tidak boleh digunakan bersama kod-kod promosi yang lain; dan
6. Anda tidak boleh membayar menggunakan paypal, gift cards atau AliPay. Kalau bayar guna kad kredit / debit OK.
Jangan lupa masukkan kod diskaun: SCHOOL99 sebelum check-out untuk pembayaran.
Macam biasa, kod diskaun nie adalah sangat terhad dan akan luput pada bila-bila masa sahaja. Oleh yang demikian, saya syorkan anda untuk bertindak sekarang juga! :D
Selamat Berpuasa! :)
Kod diskaun NameCheap untuk bulan Ogos 2010

Salam semua,
Apa khabar hari nie? Bagaimana dengan hujung minggu anda? Saya macam biasa, sibuk memanjang dengan bisnes internet hehe...
Pihak NameCheap hari nie mengumumkan kod diskaun untuk pembelian domain baru, iaitu pada harga $9.28 dan dapat PERCUMA WhoisGuard bagi setiap domain yang didaftarkan!
Untuk menggunakan kod diskaun, caranya mudah sahaja seperti berikut:
1. Layari NameCheap.com;
2. Lakukan pendaftaran domain baru dan harga asal $10.16 (sebelum diskaun) akan dipaparkan:

3. Masukkan kod diskaun: HARVEST dan klik 'Apply Coupon':

4. Harga baru $9.28 (selepas diskaun) akan dipaparkan:

5. Klik 'Express Checkout' untuk pembayaran. Anda boleh membayar dengan cara memasukkan fund ke dalam akaun menggunakan PayPal, kad debit / kredit atau Google Checkout.
Kod diskaun yang ditawarkan ini adalah sah untuk sepanjang bulan Ogos. Anda juga boleh menggunakan kod diskaun yang sama untuk memindahkan (transfer) domain ke NameCheap pada harga $8.46 + WhoisGuard PERCUMA bagi setiap domain yang dipindahkan!
Kod diskaun NameCheap untuk hosting pula adalah seperti berikut:
1. VacationTime - diskaun 10% untuk shared/business/reseller hosting.
2. XVPS - diskaun 10% untuk XEN VPS packages.
Enjoy! :)
Cabaran Domainer

Seperti yang telah saya kongsikan sebelum ini, saya telah menjual lebih 300 domain dan 95% bayaran diterima adalah melalui Paypal!
Sebabnya mudah - PayPal adalah pemproses bayaran yang paling diguna ramai di seluruh dunia dan bayaran yang diterima melalui PayPal adalah pantas dan boleh digunakan terus untuk pembelian online yang lain. Tambahan pula, wang di dalam akaun PayPal mudah untuk dicairkan ke akaun bank tempatan dalam Ringgit Malaysia (RM) :)
Walaupun jelas kemudahan PayPal sangat penting dalam bisnes domain, sebenarnya ramai domainer menghadapi ‘masalah besar’ apabila menerima bayaran melalui PayPal. Masalah besar yang dimaksudkan itu adalah masalah CHARGEBACK daripada scammer yang menyamar sebagai pembeli!
Melihat kepada senario tersebut, saya telah menyiapkan satu laporan khas bertajuk "PayPal Untuk Domainer":

Laporan khas "PayPal Untuk Domainer" ini adalah satu perkongsian tentang bagaimana domainer melakukan urusniaga jual beli nama domain dan menerima bayaran PayPal dengan selamat. Ianya adalah hasil daripada pengalaman saya sendiri sejak 3 tahun yang lalu :)
Berikut adalah merupakan review yang telah diterima daripada rakan-rakan di Forum WangCyber (WC):
Laporan percuma yang ringkas dan jelas tentang kaedah selamat menggunakan paypal dalam menjalankan urusniaga. Sememangnya sudah ramai menyedari akan kepentingan mempunyai akaun paypal untuk membuat pembayaran dan penerimaan wang.
Satu laporan yang membantu untuk mereka yang menggunakan paypal dalam urusniaga. Pengalaman yang dikongsi oleh penulis dapat dijadikan panduan supaya lebih berjaga-jaga dan tidak tertipu dalam urusan jualbeli. Tahniah atas penghasilan laporan yang berguna ini.
Secara Jujur, ini adalah sesauatu yang baru bagi saya, Perniagaan Domain. Memang ada sebelum ini yang mengwarwarkan keuntungan beratus kali ganda dengan hanya menjual domain, ketika itu saya hanya memandang sinis.Memang saya tidak tahu dan tidak mahu ambil tahu kerana pada saya, jika untungnya beratus kali ganda, Pasti ia sangat sukar untuk dikendalikan :(
Namun tanggapan saya itu meleset sama sekali apabila membaca ebook dari saudara Hamirul ini, IA BUKANLAH SEJENIS PERNIAGAAN YANG SUKAR. Melaluinya saya diajar secara teliti, bagaimana untuk menjual domain dan yang penting sekali, bagaimana untuk menjualnya dengan selamat.
Cuma ada satu perkara yang masih belum diajar pada saya, bagaimana untuk mencari domain yang berkualiti dan bakal hangat di pasaran :P . Saya rasa saya faham mengapa dan Saya tidak sabar menunggu keluaran tersebut :P
Walaubagaimanapun, saya masih tidak faham kenapa beliau memberikan ebook ini secara percuma :)
Ebook yang Wajib dibaca untuk Domainer
Satu perkongsian menarik daripada penulis. Baru-baru ini saya berjinak-jinak dengan penjualan website di Flippa. Dan bagi saya penggunaan Paypal dan Escrow sangat penting dalm melancarkan transaksi jualbeli. Tapi selepas membaca ebook ini, satu perkara yang saya tidak tahu adalah "senjata utama" yang digunakan oleh para scammer untuk menipu kita. Terima kasih kerana berkongsi pengetahuan ini. Ebook ini bukan saja wajib dibaca oleh mereka yang berjualbeli domain menggunakan Paypal, tetapi juga untuk semua yang menggunakan aplikasi Paypal ini.
Laporan khas "PayPal Untuk Domainer" ini akan diberikan PERCUMA dan merupakan BONUS TAMBAHAN daripada saya untuk pembeli ebook "Panduan Asas PayPal" (SmartZul) yang membeli melalui link affiliate saya :)
Caranya seperti berikut:
1. Clearkan cookies anda. (cara untuk clear cookies boleh rujuk di sini)
2. Buat pembelian ebook "Panduan Asas PayPal" (SmartZul) melalui link affiliate saya - KLIK Di SINI
3. Setelah pihak admin SmartUsaha mengesahkan pembelian anda, saya akan hantar email kepada anda yang mengandungi maklumat Bonus Tambahan - Laporan khas "PayPal Untuk Domainer" (dalam format .pdf).
Sekiranya ada sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi saya di sini.
Enjoy! :)
Slots.ca dijual pada harga $206,906!

Kalau anda masih ingat, dalam entri yang lalu saya ada melaporkan bahawa domain premium Slots.com telah dijual pada harga $5.5 juta. Kali ini giliran domain Slots.ca pula telah berjaya dijual pada harga $206,906! Untuk makluman anda, .ca adalah ccTLD untuk negara Kanada.

Bagaimanapun, senarai domain termahal setakat ini untuk tahun 2010 masih kekal seperti berikut:

Jualan domain pendek 2 huruf .COM (LL.com), 3 nombor .COM (NNN.com), 3 huruf .COM (LLL.com), 4 nombor .COM (NNNN.com) dan 4 huruf .COM (LLLL.com) juga masih mengekalkan momentum jualan tinggi di pasaran:
LL.com
SZ.com - $125,000
NNN.com
363.com - $41,000
336.com - $25,350
LLL.com
XYZ.com - $50,000
RNR.com - $24,712
COA.com - $16,500
GBT.com - $12,000
BEQ.com - $5,101
YTG.com - $5,000
HCK.com - $5,001
EUQ.com - $4,500
SVJ.com - $3,900
NNNN.com
8998.com - $6,588
1238.com - $5,000
2243.com - $3,000
LLLL.com
USPO.com - $20,000
NDEX.com - $15,250
KEKU.com - $15,000
ECSI.com - $13,000
EDOC.com - $9,514
XAAS.com - $7,810
WIPS.com - $6,902
NMTV.com - $4,588
CLSL.com - $4,149
LEVE.com - $3,999
OPNX.com - $3,850
BHWM.com - $3,750
CCTI.com - $3,444
KESS.com - $3,100
OKID.com - $2,989
Selain itu, apa yang agak menarik adalah domain satu perkataan Bahasa Melayu iaitu Satay.com dan Kayak.org masing-masing telah berjaya dijual di Sedo pada harga $4,300 dan $3,600! :D
Sekiranya anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan dengan domain premium, domain pendek dan asas dalam bisnes domain, anda boleh muat turun ebook "Teknik Asas Bisnes Domain" secara PERCUMA di sini.
Enjoy! :)
Cara mengira Caj PayPal (PayPal Fees)

Sejak melibatkan diri dalam urusniaga jual beli domain pada tahun 2007, saya mendapati bahawa 90% pelanggan saya adalah datangnya daripada luar negara terutamanya Amerika Syarikat dan United Kingdom. Ini mungkin disebabkan oleh kuasa beli yang tinggi, faktor 'end user' dan tingginya permintaan terhadap domain berkualiti di negara tersebut.
Oleh yang demikian, saya telah menggunakan sepenuhnya kemudahan Paypal untuk menerima bayaran bagi setiap transaksi yang dijalankan. Ini adalah kerana Paypal merupakan pemproses pembayaran online paling popular dan digunakan oleh ramai pelanggan di seluruh dunia. Saya sendiri telah menjual lebih 300 domain dan 95% bayaran diterima adalah melalui Paypal!
Sebagai pengguna Paypal (terutama penjual), adalah penting untuk kita mengetahui jumlah caj yang dikenakan oleh Paypal dalam satu-satu transaksi. Sudah tentu pengetahuan dalam pengiraan caj Paypal akan dapat membantu kita memaksimumkan keuntungan dan mengelakkan kerugian, terutamanya dalam urusniaga jual beli nama domain :)
Sebenarnya, ada cara mudah untuk menentukan jumlah caj Paypal yang dikenakan iaitu melalui pengiraan automatik menggunakan web kalkulator. Bagaimanapun, saya akan tunjukkan formulanya dulu dan kiraan secara manual :)
Secara asasnya, formula caj oleh Paypal untuk pengguna dari Malaysia adalah:
(A) Bayaran dalam nilai USD daripada pembeli Malaysia: 3.4% + $0.30
(B) Bayaran dalam nilai USD daripada pembeli luar negara: 3.9% + $0.30
Contoh Kes (A):
Jualan berharga $25 USD yang dibayar oleh pembeli Malaysia.
- Maka caj yang dikenakan adalah: (3.4% x $25) + $0.30 = $1.15
Contoh Kes (B):
Jualan berharga $25 USD yang dibayar oleh pembeli luar Malaysia.
- Maka caj yang dikenakan adalah: (3.9% x $25) + $0.30 = $1.27
Nota:
Pembeli (pengguna Paypal) dari Malaysia bermaksud mereka mendaftar akaun Paypal menggunakan alamat negara Malaysia. Begitulah sebaliknya bagi pembeli luar negara.
Sebagai peringatan, formula caj di atas akan berubah mengikut jumlah wang yang anda terima. Untuk mengetahui julatnya, anda boleh merujuk di laman web Paypal.
Untuk pengiraan caj Paypal secara automatik pula, anda boleh menggunakan web kalkulator di laman web ini :)
Jika anda ingin mempelajari dengan lebih mendalam selok belok penggunaan Paypal dan cara penggunaannya dalam urusniaga online, bro Zul (seorang Otai IM) telah menerbitkan sebuah panduan asas yang amat membantu. Panduan yang dimaksudkan itu adalah Panduan Asas Paypal. Walaupun diletak perkataan 'Asas' pada tajuk, namun ia adalah asas yang lengkap pernah ditulis secara jelas satu persatu. Panduan di dalam bentuk ebook ini yang juga disertakan dengan material tambahan seperti video akan menjawab sebahagian besar persoalan anda mengenai Paypal.
>>> Untuk mendapatkan Panduan Asas Paypal - KLIK DI SINI
Boleh lihat kandungan ebook berkenaan sepintas lalu :)
Jika anda belum memiliki akaun Paypal, maka Panduan Asas Paypal ini adalah yang terbaik untuk dirujuk kerana isi kandungannya adalah yang terkini selaras dengan polisi terkini Paypal.
>>> Untuk mendapatkan Panduan Asas Paypal - KLIK DI SINI
Dapatkan Panduan Asas Paypal hari ini juga! :)